ARIEKLASIK ENTERPRISE syarikat milikan penuh bumiputera yang telah ditubuhkan pada 17 Januari 1996 dan beroperasi di Alor Gajah, Melaka. Syarikat ini telah diasaskan oleh Zahari Effendi Bin Hj Zainal iaitu merupakan Pengarah Urusan Arieklasik Enterprise yang bertanggungjawab ke atas prestasi perniagaan.
Bagi memenuhi keperluan dan kriteria sebuah syarikat yang berdaya saing dalam menghadapi cabaran industri pembinaan dan pembangunan yang kian pesat di Malaysia pada hari ini, kami membariskan tenaga kerja tempatan yang terdiri daripada jurutera, juruteknik dan kontraktor yang bertauliah dan berpengalaman.
Dalam menepati keperluan dan syarat bagi sebuah syarikat pembinaan yang berkelayakan, pelbagai sijil dan pentauliahan telah kami perolehi seperti pentauliahan lesen KELAS C oleh Suruhanjaya Tenaga bagi kerja-kerja elektrik; serta berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIBD).